::alfursan::

Friday, April 21, 2006

I'ktiraf

Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Seggengam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Tuesday, April 11, 2006

Untukmu Palestin

"Ibu, kenapa orang islam yang penuh dalam dunia ini tak nak tolong walid? Tak tolong kita ? Tak tolong Palestin?" Asma’ yang baru tiba dari madrasah itu bersungguhan bertanya kepada ibunya. Usianya masih mentah, sebelas tahun. Soalan sebegitu adalah soalan yang cukup dewasa buat kanak-kanak seusia Asma’. Di serata dunia, yang bermain di kepala anak-anak secilik itu adalah superhero khayalan seperti Superman, Spiderman dan banyak lagi.

"Asma’, puteri ummi belajar apa di madrasah hari ni?" Ibu Asma’ cuba mengubah topik perbualan.

"Kami belajar sifat ukhuwwah, sifat berkasih sayang, bantu membantu atas satu aqidah, sebab itu Asma’ tanya ummi, kenapa orang islam lain dalam dunia ini tak nak bantu kita?" Jawab Asma’ dengan nada yang mendesak. Dia sungguh-sungguh berharap agar ibunya menjawab pertanyaannya tadi.

Dalam usaha mencari jawapan kepada persoalan anaknya itu, fikiran Ummu Asma’ terheret ke dalam memori semalam. Bersiponggang suara pemberita dari Radio Palestin yang dia dengari di pasar.

“Pihak PA akan meneruskan persidangan serta rundingan keamanan dengan Israel pada hari ini dengan bantuan Amerika Syarikat. Kali ini, kita harapkan kedua-dua pihak dapat mencapai kata sepakat kerana Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka serius dan bersungguh untuk menamatkan pergolakan di rantau ini.”

Pemberita itu menyambung lagi,"Sementara itu, pihak OIC juga dalam rangka menganjurkan Persidangan Memahami Penderitaan Palestin sebagai salah satu usaha menyedarkan masyarakat Muslim seluruh dunia mengenai masalah di Palestin.”

Berunding dengan penceroboh mengenai keamanan?
Belum jelas penderitaan kami? Aneh!

Sesiapa yang memikirkan nasib Al-Quds, pasti akan hanya melihat dua solusi. Bersama PA yang berpegang kepada kaedah dunia, "Geneve Solutions", "The Two State Solutions" yang hanya dipenuhi longgokan tandatangan si pengecut dan si penceroboh durjana atau penyelesaian berpaksikan perjuangan kumpulan-kumpulan yang dilabel pengganas oleh dunia.

Yang pastinya, rakyat Palestin arif dan mengerti, kaedah dunia sudah terlalu lapuk untuk mereka, kaedah yang berupa siri-siri perjanjian yang hanya memberi peluang kepada sang pengecut melancong ke serata dunia. Perjanjian yang tidak pernah dan tidak akan menjanjikan hatta sebuah nyawa orang awam atau kanak-kanak terselamat daripada pemangsa yang terlalu dahaga untuk melihat seluruh keturunan mereka lenyap dari muka bumi.

Rakyat Palestin cukup kenal siapakah pembela mereka. Biarlah seluruh dunia memanggil pembela mereka itu 'pengganas' kerana mereka lebih mengerti bahawa 'pengganas' itulah yang membantu mereka untuk terus hidup dan memberikan dorongan kepada mereka agar terus tabah.

Berita kesyahidan suaminya bersama Dr.R tiba-tiba menerpa pelataran fikir Ummu Asma’. Waktu itu, jasad suaminya hampir tidak ada untuk dikebumikan. Dia tidak mampu menafikan air matanya, menangis... Di sudut hatinya dia bangga... Bangga kerana suaminya pergi sebagai seorang pejuang dan bukannya terdiri daripada pengecut yang hanya minta kocek mereka diisi sebagai upah berlakon di atas pentas dunia.

Dia tahu, suaminya telah memainkan peranan yang diamanahkan ALLAH untuk menyumbang ke arah Islam, ke arah pembebasan Palestin daripada rejim durjana Zionis. Kini, sampai giliran dia untuk melengkapkan amanah ALLAH dan amanah arwah suaminya iaitu mendidik anak-anaknya agar mereka menjadi pengibar panji Islam supaya agama ini kembali gah di bumi Al-Quds.

Asma’ menarik tangan ummi. Tersentak umminya daripada lamunan. "Asma’, ALLAH ada kata dalam Surah An-Nuur, ayat 55 yang ALLAH akan berikan kuasa kepada orang yang beriman dan beramal soleh. Untuk jadi orang yang beriman, kita perlu bersungguh-sungguh dalam beramal soleh, jauhi dosa-dosa. Semua itu tak mudah, perlukan kesungguhan dalam diri. Bila kita dah buat semua itu, insya-ALLAH, ALLAH akan laksanakan janjiNya...ALLAH akan bebaskan Palestin dan seluruh dunia akan aman dengan Islam." Ummu Asma’ memberi penjelasan.

"Tapi ummi, kenapa orang islam lain tak bantu kita? Asma’ tak fahamlah... Sebab mu'allimah ajar kami hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,"Seorang mu'min dengan mu'min yang lain ibarat bangunan dengan sebahagian daripada mereka saling menguatkan sebahagian yang lain," kita ni amat memerlukan umat Islam yang lain, diorang tak pernah dengar hadith tu ke ummi?” Asma’ masih belum berpuas hati dengan jawapan ibunya.

"Asma’, hidup kita ni sebuah perjuangan. Hidup kekasih kita, Rasulullah SAW juga suatu perjuangan, perjuangan agar kita dapat mengecapi nikmat Islam yang mendekatkan kita dengan syurga dan menyelamatkan kita dari neraka. Begitulah hidup kita, malah hidup semua yang mengaku dirinya Islam. Hidup sebagai pejuang. ALLAH tak ciptakan kita untuk bermalas-malas dan hanya mahu goyang kaki, melihat orang lain menderita sedang sendiri masih ketawa. Ummi pasti mereka pernah dengar hadith itu, dan ummi pasti bantuan ALLAH hampir tiba. Bersabarlah sayang, kalau bukan hari ini, mungkin esok, janji ALLAH itu pasti dan kita akan terus berusaha sambil berdo'a padaNya...," Ummu Asma’ berharap agar anaknya yang berumur 11 tahun itu dapat memahami jawapannya...

"Erm...insya-ALLAH ummi...Kalau macam tu, kita qiyamullail malam ni ye ummi, Asma’ nak do'a supaya ALLAH letakkan walid dan keluarga kita di sisi Rasulullah dalam syurga nanti, boleh kan ummi?"

"Boleh sayang, mintalah apa sahaja dengan ALLAH...kan ALLAH tempat kita meminta dan berserah serta Pembela dan Pelindung orang-orang beriman..." Jawab Ummu Asma’ sambil mengukir senyum.

"Dan Asma’ pun nak do'a supaya umat Islam datang bantu kita. Baru kita boleh hidup aman, kan ummi kan?" Tambah Asma’.

Malam itu, dua beranak itu bangun menghadapi kedinginan malam. Berharap agar tidak ada tentera-tentera durjana membuat operasi pada malam itu. Segala puji bagi Allah, malam yang dingin itu pergi dengan menyaksikan mereka berqiyamullail tanpa sebarang gangguan.

Pagi itu, Asma’ telah bersiap sedia untuk ke sekolah. Dikucupnya dua pipi umminya. "Terima kasih ye ummi, Asma’ sayang ummi, halalkan makan minum Asma’,” ucap Asma’ sambil bersalaman dengan ibunya. Asma’ mengucup pula dahi adiknya, “Hilman, besar nanti, Hilman jadi macam walid ye, berani dan gagah,” tutur Asma’.

"Hilman nak hancurkan tentera Zionis dengan izin ALLAH!" Jerit Hilman bersungguh. Ummi senyum. Asma’ kemudian berjalan meninggalkan rumah.

Selepas Asma’ hilang daripada pandangan, Ummu Asma’ memanggil Hilman untuk mengajarnya Al-Qur'an. Tiba-tiba semilir berpuput deras seolah-olah membawa berita duka, mengganggu nurani keibuannya. Tenang semula. Ummu Asma’ beristighfar, "Astaghfirullahalazeem..." Hatinya membentak,"Apakah yang telah berlaku ya Rabbi?"
***

Di luar pagar madrasah, gerombolan manusia dikerumuni gawat. Suasana hiruk pikuk dengan tangis dan racau. Seorang guru menjerit,"Ya ALLAH, selamatkan budak yang tidak bersalah ini!”

Siren ambulans menambahkan huru-hara. Tentera rejim durjana mempamerkan durjana yang lebih melampau dengan menghalang ambulans daripada sampai ke tempat kejadian. Paramedik pantas keluar dari ambulans dengan membawa stretcher.

"Ya ALLAH!" Salah seorang pegawai perubatan terpana melihat jasad yang terbaring.

"Kami dengar berdas-das tembakan dilepaskan oleh tentera laknatullah itu, kemudian budak ini tumbang,” tukas 'Azzam, guru di madrasah tersebut.

"Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un...," sebutan itu mencuri keluar dari bibir pegawai perubatan sambil dia mengangkat badan longlai si cilik untuk dibawa ke hospital.

Berita syahidnya Asma’ sampai ke pengetahuan ibunya. Ibu tua itu gumam. Mulutnya tidak henti beristighfar, berzikir...

Tenang dia melangkah ke hospital bagi mengenalpasti mayat anaknya. Air jernih berjujuran dari mata ibu tua. Dia cuba memujuk hatinya. Hilman berdiri kaku di luar bilik mayat, dia bingung tentang apa yang terjadi. Yang dia pasti, kakaknya telah syahid.

Sejurus ibu tua keluar dari bilik mayat, dia memeluk Hilman. Hatinya bersuara... "Tidak cukupkah dunia... Tidak cukupkah bukti wahai yang mengucap dua kalimah syahadah. Berapa lagi yang perlu pergi untuk kau percaya?"

Malam itu, berbillion muslim yang melayari internet membaca tajuk utama: "A Palestinian school girl was shot dead with 20 bullets in her body"

Berita lama dengan tajuk sama?



Dari Tsauban r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Bermaksud : " Akan datang suatu masa dalam waktu dekat, bangsa-bangsa(selain umat Islam) bersatu dan mengalahkan kamu seumpama sekumpulan manusia berkerumun berebut-rebut akan hidangan makanan di sekitar mereka. Sahabat bertanya :"Wahai Rasulullah!, apakah kerana sedikitnya kita(umat Islam) pada waktu itu? Rasulullah menjawab:" Bukan, bahkan kamu pada waktu itu adalah golongan teramai ( majoriti ),tetapi kualiti kamu pada waktu itu bagaikan buih-buih lautan yang di bawa oleh arus air. ALLAH telah mencabut dari hati musuhmu perasaan takut terhadap kamudan ALLAH mencampakkan perasaan 'wahn' ke dalam hati kamu. Sahabat bertanya : " Wahai Rasulullah!,apa yang di maksudkan 'wahn' itu? Rasulullah s.a.w. menjawab : " Cinta dunia dan takut mati.
( Riwayat Al-Bukhari Muslim )

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan ALLAH?"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu amat dekat." [Al-Baqarah:214]



Source : Bahan Tarbiyah Online :: http://bahantarbiyah.blogspot.com/

Saturday, April 08, 2006

Mengapa mesti ada EGO?

Rasenye dah jd fitrah manusia untuk ada ego dlm diri masing2. Kenapa mesti ade ego?
Pada pendapat aku yang dangkal ilmunya ni, sebab utamanya ialah manusia susah n malu nak mengaku kelemahan diri. Kalau boleh, dieorang lah yang paling best skali. Kalu tegur skit mula la kecik hati sbab kalau bleh dieorang nak jd seperfect mungkin. Kadang2 aku pun ade gak rase ego dlm diri. Bukan salah untuk ego, tapi biarlah kena tempatnya. Nak tunjuk ego, pergilah tunjuk dengan musuh islam yang tgh dok pijak2 umat ISLAM. Tunjuk yang kita ni baguih dok ada. Untuk m'jadi seorang muslim yang sejati cube la control2 ego dalam diri tu. pesanan ini untuk diriku yang lemah ini dan juga sahabat2 seaqidah yang lain. Moga2 kita mendapat keberkatan hidup n keredhaan dari ALLAH, Insyaallah...













Hidup Islam. Takbir Allahuakbar!!!!!!