::alfursan::

Saturday, May 19, 2007

final exam














selamat berfinal exam kepada sahabat2 di kampus yg sedang bertungkus-lumus di kala ini. Aku seperti biasa, masa inilah yang akan digunakan sepenuhnya untuk meng'cover' balik bende2 yg telah tertinggal sekian lama. huh. x tau lah nak buat camne...sebenarnya aku sendiri pun bukan suka sangat nak study last2 minute ni..tp tulah 'aku'...semoge Allah permudahkan diriku ini dan juga sahabatku yg lain dalam menjawab soalan2 yang diberikan..insyaallah..amin.....

Wednesday, March 21, 2007

sila pilih

Menanti di barzakh - "fareast"

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Pelajar pondok ditembak -- 3 maut, 7 cedera diserang di madrasah berasrama selatan Thai

BANGKOK 18 Mac – Konflik di selatan Thailand merebak ke wilayah Songkhla hari ini dengan tiga pelajar terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila sekumpulan penyerang melontar bahan letupan dan melepaskan tembakan ke arah sebuah sekolah agama di selatan negara ini.

Jurucakap polis, Kolonel Thammasak Wasaksiri berkata, serangan itu berlaku lewat malam tadi di Bamrungsart Pohnor, sebuah madrasah berasrama di daerah Sabayoi, Songkhla.

Penyerang melepaskan berpuluh-puluh tembakan ke arah bilik asrama sekolah agama itu tempat kira-kira 75 pelajar lelaki sedang tidur, kata pegawai itu.

Seorang pelajar berusia 12 tahun dan dua berumur 14 tahun terbunuh dalam serangan itu, katanya.

Tujuh pelajar berusia antara 13 hingga 17 mendapat rawatan kerana cedera akibat terkena tembakan.

Thammasak berkata, polis percaya kumpulan pemisah Islam melancarkan serangan itu dan berharap untuk meyakinkan penduduk Islam tempatan bahawa pihak berkuasa yang mendalangi keganasan.

Pemisah berbuat demikian sebagai helah untuk mendapatkan sokongan penduduk kampung terhadap perjuangan mereka, dakwanya.

Bagaimanapun, beratus-ratus penduduk kampung Islam mengadakan protes pagi ini dengan menyatakan mereka tidak percaya orang Islam melancarkan serangan itu.

“Penduduk kampung menuduh askar payung terjun menyerang madrasah itu,” kata Thammasak.

Serangan bom dan tembakan yang dilepaskan dari kenderaan bergerak berlaku hampir setiap hari di tiga wilayah majoriti Islam di selatan iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani dan semakin kerap di wilayah berhampiran, Songkhla.

Walaupun guru beragama Buddha menjadi sasaran serangan, kanak-kanak sekolah pada umumnya terlepas daripada keganasan itu.

Negara ini digemparkan oleh satu serangan kejam minggu lepas apabila sekumpulan lelaki menyerang hendap sebuah bas di Yala dan membunuh lapan penumpang dengan menembak kepala mereka.

Insiden pada Rabu lalu itu disusuli pada malamnya dengan satu letupan bom di sebuah masjid dan satu serangan bom tangan yang membunuh dua penduduk Islam di sebuah kedai kopi.

Tentera Thai mengenakan perintah berkurung di dua daerah di Yala pada Khamis lalu.

Jurucakap tentera, Kolonel Akara Thiprot berkata, langkah itu merupakan kali pertama tentera mengenakan perintah berkurung di wilayah berkenaan sejak Januari 2004.
....................................................................................

cite ni aku amik dr keratan akhbar utusan malaysia bertarikh 19 mac 2007. bile bace cite ni memang sgt2 sakit hati dgn tindakan dieorg yg bodoh lg bangang ini;(sori terkasar bahasa, tp mmg sgt marah).ape sebenarnye yg dieorg nak ni?

aku rase tindakan dieorg ni dah main kasar.
wahai sahabat2 seaqidahku sekalian. marilah same2 kite doakan kehancuran kuffar laknatullah ini..dan jika ada yg lebih mampu dari itu maka buatlah utk bantu saudara2 kite ni...ALLAHUAKBAR!!! ihzimum!!!

Friday, November 17, 2006

menampal lg